KEISTIMEWAAN SURAH AT-TAUBAH


Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yg tlh bertaubat dr perbuatan mrk yg salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Surah ini juga dinamakan surah ” Baraa’ah ” (Pemutusan Tanggungjawab) yg maksudnya ” Pembatalan Perjanjian ” sebagaimana yg diterangkan pd bahagian awal surah ini.

Intisari kandungannya : Menerangkan peristiharaan dr Allah dan RasulNya, yg ditujukan kpd kaum musyrik Arab dan ditegaskan : Bahawa oleh krn mrk tlh mencabuli perjanjian dgn Rasulullah s.a.w. maka perjanjian itu adalah dibatalkan oleh Allah dan RasulNya dan mrk diberi tempoh selama 4 bulan, sesudah itu jika mrk tdk menerima Islam maka mrk akan dimusnahkan di mana sahaja mrk ditemui.

Surah ini juga mendedahkan rahsia kaum munafik yg pura2 Islam pd zahirnya, sedang mrk tetap kafir pd batinnya. Surah ini pula – dari asalnya – tdk dimulakan dgn Bismillaahir rahmaanir rahiim.

Penjelasan Syekh As Sayyid Muhammad Haqqi An Nazili di dlm Kitab Kh. Asror : 88-81, diterangkan keistimewaan dua ayat akhir dari Surah At-Taubah ( juga dinamakan Ayatul Hisni ) sebagai berikut :-

a) Barang siapa yg setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah sholat fardhu maka
– Jika dia seorg yg lemah maka akan menjadi kuat.
– Jika dia seorg yg hina maka akan menjadi seorg yg mulia.
– Jika dia seorg yg kalah maka akan segera mendpt pertolongan.
– Jika dia seorg yg berkesempitan maka akan mendpt kelapangan.
– Jika dia seorg yg berhutang maka akan segera dpt membayar.
– Jika dia seorg yg berada dlm kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
– Jika dia seorg yg sulit dlm penghidupan maka akan segera mendpt lapangan kehidupan.
b) Barang siapa membacanya pada hari siangnya atau pd waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahawa

dia tdk akan mati pd saat itu. Menurut riwayat lain; dia tdk akan dilukai seseorg dgn alat2 yg berasal dr besi.

Sebahagian ‘ulama ‘ush sholihin menyebut tentang keistimewaan dua ayat ini bahawa ada salah seorg yg tlh mengamalkannya ketika dlm keadaan sakitnya yg sdh kritis. Ketika itu dia sdh diperkirakan berumur 71 tahun. Dgn berkah membaca dua ayat tersebut, dia masih dpt menikmati umurnya sehingga mencapai usia 120 tahun.

Dalam versi yg lain ada mengatakan bahawa sesiapa mengamal ayatul Hisni, ia tdk akan bertemu maut pada hari itu kecuali kalau tlh dtg kitab mubram ia akan terlupa membacanya dan tdk akan memberi bekas kpdnya sesuatu baharu. Cara mengamalkannya bacakan 7x di masa pagi.

Ini dia dua ayat akhir surat At-Taubah :

LAQOD JA’AKUM ROSUULUM MIN ANFUSIKUM ‘AZIIZUN ‘ALAIHI MAA’ANITTUM HARIISHUN ‘ALAIKUM BIL MU’MINIINA RO’UUFUR ROHIIM. (Surah At-Taubah :128)

FA IN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAA ILAAHA ILLAA HUWA, ‘ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA ROBBUL ‘ARSYIL ‘AZHIIM
(Surah At-Taubah :129)

Artinya :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-oarng yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.

Kami juga mengelar amalan ini Do’a Harimau. Khadamnya ada 7 dan apabila di scan dgn mata bathin, si pengamal dikawal oleh 7 harimau dan jasadnya diselimuti oleh tujuh lapis dinding api. Amalan ini multi function & multi purpose. Cara mengamalnya, baca surah At-Taubah ayat 128 -129 sebanyak 7x kemudian lanjutkan dengan membaca Surah At-Taubah ayat 129 sebanyak 7x pada setiap seusai sholat fardhu terutamanya sesudah sholat fardhu Subuh dan sholat fardhu Maghrib.

Sekali lagi saya dengan rendah diri memohon maaf kiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa dan ada yg tdk berkenan. Sekian,wassalam.

One response to “KEISTIMEWAAN SURAH AT-TAUBAH

  1. sangat mujarab- sudah banyak dibuktikan pada diri saya, tetapi mesti diamalkan selalu khususnya slepas solat fardhu——janji Allah itu adalah benar….

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s